Ini adalah kisah tentang Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak yang dahulunya dikenali sebagai Biro Wanita Sarawak atau Kementerian Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga, yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1988. Pada 15 Januari 2015, Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak meluluskan perubahan nama Sarawak Biro Wanita kepada Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak. Hari ini, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak mempunyai lebih daripada 10, 000 wanita di bawah seliaan mereka.
Selama bertahun-tahun, Jabatan Wanita & Keluarga Sarawak secata aktif telah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di seluruh Sarawak. Selain itu, Jabatan Wanita & Keluarga Sarawak juga telah bekerja dengan pertubuhan NGO, persatuan dan badan NGO yang lain sama ada di dalam atau di luar Sarawak, yang berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi oleh wanita hari demi hari.
Pada awal tahun 2019, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak telah bekerjasama rapat dengan SOCOE; Matlamat mereka adalah untuk mendigitalkan Jabatan ini dan juga para wanita di bawah jagaan mereka sejajar dengan wawasan Kerajaan Sarawak untuk Ekonomi Digital. SOCOE menawarkan teknologi dengan platform masyarakat sosial yang dapat meningkatkan komunikasi secara berkesan dalam Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak dan juga wanita dibawah seliaan mereka. Selain itu, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak menyasarkan peluang untuk meningkatkan keterlihatan perniagaan wanita mereka dengan laman web korporat yang disediakan oleh SOCOE. Pasaran bersama dengan SOCOE akan membolehkan wanita ini memasarkan produk mereka secara dalam talian ke seluruh Sarawak dan dimana sahaja. Ini hanyalah permulaan kerana mereka sedang membangunkan rancangan untuk menyediakan perkhidmatan Helpline dan Microfinance; yang membolehkan eWanita menjadi medium pemberdayaan wanita.